
Sungai Buloh, Selangor | 4 Ogos 2020
Kebanyakan SRITI dalam Negeri Selangor memulakan pembukaan sekolah pada hari ini.
Saya ambil ruang sedikit menjengok anak-anak SRITI Subang bagaimana perjalanan pembelajaran mereka dengan norma baru ini.

Alhamdulillah persediaan yang cukup rapi dari pihak Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Subang dengan SOP yang mantap.

Antara yang perkara yang saya rindu adalah kembali ke bilik kelas bersama pelajar-pelajar. Insyallah doakan saya akan kembali berkhidmat sebagai guru satu ketika nanti, setelah selesai beberapa urusan, Insyallah.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan