Home Berita PAS Selangor

“SRITI Cemerlang” | Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Negeri Selangor – Usrah SRITI Al-Mustaqim, Gombak

1328
SHARE

Alhamdulillah, pada hari ini, warga SRITI Al-Mustaqim Gombak telah mendapat perkongsian daripada Ustaz Hasbullah Bin Ridzwan selaku TYDP PAS Kawasan Gombak.

Antara intipati yang disampaikan :
?Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan:
1)Nikmat menjadi sebaik ciptaan
2)Nikmat Iman dan Islam
3)Nikmat menjadi pejuang Islam
4)Nikmat pengakhiran Husnulkhotimah

?Sebesar-besar nikmat adalah ganjaran Syurga bagi yang sanggup menjadi pejuang Islam.
Pengorbanan dan segala apa yang dilakukan akan diberi ganjaran oleh Allah.
?Mendidik murid adalah tugas yang mulia, pahala yang berterusan.
?Mulia berada dibawah salah satu cabang dakwah Islam.
?Izzahkan kita berada dalam harakah Islamiah. Bangga kita menjadi guru SRITI.
?Kita haruslah menjadi Duta, Daie, Murabbi untuk Islam.
?Guru-guru mengajak Mad’u ke arah Islam dan menyokong Islam.
?Bantu murid menjadi anak murid yang baik.
?Mulia kerja seorang guru tapi berat jugak bebanan yang dipikul. Namun ganjarannya sangat besar dan hebat.

Harapan Dewan Pemuda Pas Kawasan kepada SRITI :

Bidang pendidikan adalah core yang penting. Kita ingin hasilkan produk berkualiti. Ahli jemaah yang berkualiti.
Iaitu dengan bermula dari bawah.
PASTI – SRITI – SMITI

Harapan tunas2 Islam ini menjadi pemimpin yang baik.
Aspek tarbiyah perlu diserapkan dalam diri anak-anak.

[Pencatat nota : Muallimah Sumayyah]

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor