Home Artikel PAS Perlis

SRIAF Rai Guru dan Murid Sempena Kedatangan Syawal

568
SHARE

ARAU:  Bersempena dengan hari terakhir persekolahan pada bulan Ramadhan, Sekolah Rendah Islam Al Furqan (SRIAF) telah mengadakan Majlis Bacaan Tahlil dan Khatam Al Quran serta Sumbangan Raya pada 22 Jun 2017 sebagai penutup kepada program Ihya Ramadhan SRIAF 1438 H.

Program yang melibatkan semua guru dan murid itu dimulai dengan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah bertempat, diikuti dengan slot tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Suhairi Ghazali, Pengarah PASTI Kawasan Kangar.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan tahlil dan acara Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Penolong Kanan HEM SRIAF, Ustaz Mohd Fuad Hashim.

Acara terakhir adalah majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada para seluruh warga SRIAF. Sumbangan berupa duit raya, kuih raya dan beras telah diberikan kepada semua guru dan staf  manakala murid-murid pula menerima sumbangan duit raya. 

{jathumbnail off}