Home Berita PAS Perlis

SRIAF Johan Pertandingan Azan Terbuka UniMAP

912
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

ARAU: Ahmad Munawwar Mohd Fadzli dari Sekolah Rendah Islam Al-Furqan (SRIAF), Arau telah merangkul Johan bagi Pertandingan Azan Terbuka sempena Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke 21.

Pertandingan tersebut telah diadakan di Kampus UniMAP Pauh Putra pada 26 dan 27 Oktober lalu.

Ahmad Munawwar telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir setelah berentap diperingkat saringan bersama dengan perserta dari 38 buah sekolah di negeri ini.

Guru pembimbing, Ustaz Muhammad Suhairi Ghazali berkata kejayaan ini ditujukan khas buat Allahyarham Ustaz Salleh Adam yang telah meninggal pada hari yang sama.