Oleh : Nur ‘Iffah
PADANG BESAR : Bersempena dengan kedatangan Ramadhan, Sekolah Rendah Islam (SRI) At-Taqwa mengadakan program Tadarus Al-Quran untuk arwah waris, para penderma serta seluruh Muslimin dan Muslimat.
Menerusi program ini, para pelajar akan bertadarus pada waktu yang telah ditetapkan di bawah pemantauan guru yang bertugas.
Selain itu, pihak sekolah juga meneruskan kempen sumbangan dana pembangunan sekolah bagi menampung kos pembinaan bangunan 4 tingkat yang akan digunakan sebagai makmal sains, bilik rawatan, bilik guru, tandas dan dewan serbaguna.
Dianggarkan sebanyak RM900,000 masih diperlukan bagi tujuan tersebut.
Pembinaan bangunan tambahan ini adalah untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat saban tahun.
Menurut mudir SRIAT, Hj. Azamhari bin Mohamood, pihaknya amat berharap dana pembangunan tersebut dapat dipenuhi bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan mengikut jadual, demi keselesaan para pelajar.
Selain itu katanya, pihak sekolah juga turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai dalam bentuk tajaan majlis berbuka puasa, dana SRIAT, aqiqah (RM800/kambing) serta sumbangan dalam bentuk wang syubhah.
Mereka yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun yang berikut:
SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAQWA
Bank Islam 09010010042297
Maybank 559012003014
Slip sumbangan perlulah dihantar kepada Mudir SRI At-Taqwa, Hj. Azamhari Bin Mohamood di talian 013-4040777 melalui SMS atau Whatsapp.