Kenyataan Media PAS Kedah
SPRM : Siasat Pimpinan PH, Jangan Double Standart
1. PAS Kedah meneliti secara dekat tuduhan Sarawak Report terhadap penglibatan DS Mukhriz Mahathir dalam isu penganugerahan tanah di Sarawak tahun 1994. Walaupun ianya dilihat sebagai usaha jatuh menjatuh dalam PH sendiri, sebenarnya ia mainan politik tidak sihat.
2. PAS pernah ada pengalaman dengan fitnah yang dimainkan oleh Sarawak Report sebelum PRU 14 yang lalu. Pemberitaan isu 90 juta yang sengaja menimbulkan persepsi buruk terhadap PAS tanpa mengira sumber yang soheh.
3. Oleh itu, tuduhan SR ini masih perlu disiasat oleh SPRM memandangkan ada kenyataan balas dari DS Mukhriz sendiri. PAS Kedah juga menggesa supaya fail siasatan terhadap pimpinan PH yang didiamkan atau ditutup, dibuka kembali. Isu Banglo Mewah, Pembinaan Trowong Dasar Laut yang diperingkat kajian telah melibatkan ratusan juta, dan banyak lagi , ditutup rapat siasatan sedangkan rakyat masih menunggu jawapannya.
4. Konsep Tidak bersalah, selagi tidak dibuktikan bersalah dipegang PAS, tidak mengendurkan pendirian PAS supaya prinsip keadilan mesti ditegakkan. Pendakwaan terpilih merupakan ketempangan dalam sistem kehakiman.
5. Apakah konsep Malaysia Baharu yang dilaungkan oleh PH sekadar “tin kosong” , yang bunyinya kuat, hakikatnya penuh tipudaya.
YB Mohd Azam Abd Samat
Ketua Penerangan PAS Kedah
2 September 2019