Home Artikel PAS Pulau Pinang

Solidariti Buat Umat Islam di Palestin

886
SHARE

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong merasa kesal dengan pengumuman Donald Trump yang telah mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara kepada Israel.

Pemuda PAS Kawasan Jelutong merasakan ianya adalah satu pengisytiharan paling biadap bagi ummat Islam dan bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi yang seluruh dunia menyaksikan keangkuhan dan kezaliman mereka terhadap ummat Islam di seluruh dunia.

‎وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Surah Ali Imran: 139:-

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap beliau. Dunia bakal menyaksikan kebangkitan besar-besaran umat Islam dari seluruh dunia sebagai balasan terhadap tindakan biadap Trump dalam usaha mengubah mengubah peta dunia.

Sesungguhnya Baitul Maqdis adalah hak orang Islam. Perjanjian damai yang dijanjikan terhadap konflik Palestin – Israel hingga kini dilihat semakin hampir kepada kegagalan malah kehancuran berterusan dijangka berlaku dari semasa ke semasa.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong menyeru umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan bantahan terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Ayuh rakyat Malaysia, kita berdiri teguh bersama Palestin. Baitul Maqdis perlu dipulangkan kepada umat Islam segera!

#savegaza

#solidariti4palestin

Sarfaraz Ahmad

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong

21 Rabiuawal 1439H / 10 Disember 2017