Home Artikel PAS Wilayah

Solat Hajat Untuk Keamanan dan Kelancaran Pelantikan PM ke 8

589
SHARE

SOLAT HAJAT UNTUK KEAMANAN DAN KELANCARAN PERLANTIKAN PM KE-8

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

KUALA LUMPUR: Solat Hajat Perdana khusus untuk keamanan dan kelancaran pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang kelapan telah diadakan pada 1 Mac lalu di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Orang ramai khususnya ahli PAS Wilayah Persekutuan mula berkumpul di masjid berkenaan sekitar jam 8.30 pagi dan solat hajat secara berjemaah didirikan sekitar jam 9.30 pagi.

Program anjuran Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) ini dihadiri lebih 400 orang jemaah termasuk pimpinan PAS antaranya Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man serta Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya.