Home Berita PAS Terengganu

Solat hajat tanda syukur terima bantuan rumah

120
SHARE

MARANG – Tanda melafazkan rasa syukur menerima bantuan bina rumah baru,  pemiliknya Zakaria Mohamad bersama beberapa penduduk setempat mengadakan solat sunat hajat di atas tapak rumah di Kampung Baru Bukit Kecil.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, barang-barang untuk proses pembinaan akan sampai pada minggu hadapan dan akan dibuat dalam kadar segera.

“Kami juga sangat teruja kerana dapat membantu keluarga Zakaria yang sememangnya orang yang kurang berkemampuan dan solat hajat yang dibuat ini juga untuk mengharapkan semua urusan dapat berjalan dengan lancar.

“Zakaria hanya berkerja sebagai buruh kampung, dan sebelum ini menyewa dan menumpang di rumah yang agak uzur di mana atapnya banyak yang bocor, dinding dan dapur yang berlubang dan tandas tidak sempurna, malah tiada pintu yang tertutup.

“Kita telah memberi bantuan kepadanya sebelum ini di mana melibatkan beberapa agensi seperti Norlan United yang telah bersetuju membaiki rumahnya dengan membaik pulih tandas dan bahagian dapur, katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya juga telah membawa wakil daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk permohonan bina baru rumah, dan telah diluluskan berdasarkan syarat-syarat.

“Kunjungan yang dibuat oleh pihak KPLB untuk menyiasat dan menjelaskan syarat-syarat seperti mempunyai tanah milikan sendiri, pendapatan serta pekerjaan dan lain-lain,” katanya

Beliau berkata ketika selesai solat hajat tersebut yang diimamkan oleh Ketua Urusan Ulama, DUN Rhu Rendang, Ustaz Rasyid Mustafa .

Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kelulut.

Keadaan rumah tumpangan Zakaria sebelum dibaiki

Katanya lagi, Pusat Khidmat telah memberi perhatian dan mengambil perjalanan sewajarnya kepada keluarga Zakaria yang mana termasuk sebagai golongan yang sangat memerlukan.

“Sebelum ini, keluarganya juga cuba untuk membina rumah tetapi tidak dapat disiapkan dan tergendala kerana kekurangan sumber kewangan dan hanya berkerja kampung.

“Di samping itu, musim pandemik COVID-19 dan tempoh perintah kawalan pergerakan ini juga sangat memberi kesan kepada penduduk dan orang yang berkerja seperti Zakaria,” tambahnya lagi.

Hasil bantuan baik pulih daripada agensi Norlan United