Home Berita PAS Wilayah

Solat Hajat dan Doa Iringi Penamaan Calon PAS Lembah Pantai

1011
SHARE

LEMBAH PANTAI, 28 April – Sekitar 200 orang ahli dan penyokong berkumpul di MRT Pusat Bandar Damansara bagi mewarnai majlis penamaan calon Parlimen Lembah Pantai pagi ini.

Majlis dimulakan dengan taklimat perarakan oleh Tuan Haji Zamri merangkap Ketua Perarakan Penamaan Calon.

Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan majlis solat hajat dan bacaan doa secara berjemaah yang dipimpin oleh YDP PAS Kawasan, Dr Azhar Yaakob.

Sebelum perarakan bermula, Calon PAS Lembah Pantai, LAr Haji Fauzi bin Abu Bakar diberi peluang untuk berucap sepatah dua kata dan memberi sedikit amanat serta kata-kata semangat kepada penyokong yang hadir.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan meminta agar semua jentera bermunajat memohon agar Allah memberi sebaik-baik pertolongan.

“Saya menyeru agar kita bersama-sama mengerahkan tenaga serta tidak lupa memanjatkan doa agar dilancarkan urusan khususnya untuk hari ini. Ayuh melangkah dengan penuh yakin!!,” ujar beliau.

Dalam masa sama, beliau turut berpesan kepada semua agar menjaga akhlak dan adab sebagai ahli parti Islam sepanjang majlis berlangsung agar dapat menjadi contoh dan teladan seterusnya berdakwah kepada masyarakat melalui dakwah bil hal.