KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR 29 April 2025
SOKONGAN PENUH KEPADA PENGHARAMAN VAPE: SARANAN KEPADA KERAJAAN PAHANG DAN SERUAN KEPADA BELIA PAYA BESAR
- Dewan Pemuda PAS Paya Besar menyatakan sokongan penuh terhadap langkah tegas Kerajaan Negeri Terengganu yang telah meluluskan pengharaman penggunaan dan penjualan VAPE di seluruh negeri tersebut. Keputusan ini sangat berani, berpaksikan kepentingan kesihatan awam dan masa depan generasi muda.
- Kami menyeru Kerajaan Negeri Pahang agar mengambil langkah yang sama tanpa berlengah, demi melindungi rakyat daripada bahaya ketagihan nikotin, penyakit kronik, dan keruntuhan moral yang berkait rapat dengan penggunaan vape secara meluas, khususnya dalam kalangan belia.
- Kami berpandangan jika budaya vape tidak dibendung segera, kita bakal menyaksikan kerosakan besar terhadap sumber tenaga muda yang diharap menjadi tonggak kemajuan agama, bangsa, dan negara. Membiarkan belia hanyut dalam budaya vape bererti menggadaikan masa depan negeri — suatu risiko yang kita tidak boleh terima!
- Kami mendesak agensi-agensi berikut untuk segera bertindak secara bersepadu:
- Pihak Polis Diraja Malaysia (IPD Kuantan): Memperketatkan penguatkuasaan ke atas penjualan dan penggunaan vape, terutamanya di kawasan awam, sekolah, dan pusat belia.
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Menyemak dan membatalkan lesen premis yang terlibat dalam penjualan vape.
- Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Agama: Melaksanakan kempen kesedaran berkaitan hukum dan kesan penggunaan vape dalam Islam.
- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK): Menjalankan pemeriksaan berkala dan program pemulihan bagi remaja yang terjebak.
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK): Membantu memantau di peringkat kampung dan komuniti. 5.Sebagai Ketua Pemuda, saya menyeru semua belia Paya Besar untuk :
- a) Menjauhi budaya vape yang merosakkan kesihatan dan akhlak,
- b) Membina kekuatan diri melalui pendidikan, kemahiran, dan aktiviti bermanfaat
- c) Berganding bahu menolak budaya ketagihan, demi maruah dan masa depan yang lebih gemilang.
6.Belia hari ini adalah pemimpin masa depan. Kita mesti memastikan Paya Besar menjadi contoh terbaik dalam membina generasi muda yang berilmu, berakhlak, dan bebas daripada budaya merosakkan.
“Belia Sejahtera, Negeri Terpelihara”
Sekian.
Dr. Firdaus Ismail
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Paya Besar