Home Berita PAS Terengganu

Sokongan moral kepada Ibu Bersalin

5
SHARE

Oleh : Ummi Kalthum

BESUT – Masyarakat setempat perlu memberikan sokongan moral kepada para ibu yang baru melahirkan anak sebagai satu inisiatif untuk menyebarkan kasih sayang serta meningkatkan kebajikan.

Ketua Ameerah DUN Kota Putera Puan Suriani Binti Ali berkata, pihaknya meneruskan usaha tradisi mulia menyantuni masyarakat dengan menziarahi mereka.

“program ini merupakan sebahagian daripada usaha silaturrahim untuk memperkukuhkan hubungan,

“bahkan menjadi tanggungjawab sebagai jiran dan suatu syiar agama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program tersebut pada Rabu, 9 Oktober.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah isteri kepada ADUN Kota Putera, Puan Hajah Radzilah Abu Razak.

Selain menzahirkan ucapan tahniah beliau turut berdoa agar Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan buat ibu serta bayi.

“kita juga menyampaikan sediki sumbangan daripada YB Hj Khuz berupa barang keperluan bayi dan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada ibu yang baru menimang cahaya mata.” kata Hajah Radzilah.

Justeru itu, Ameerah mengajak masyarakat untuk sama-sama mengambil berat dan menyokong ibu-ibu yang baru bersalin, agar mereka terus kuat dalam menjalani fasa kehidupan baru bersama bayi mereka.

‘anak-anak adalah anugerah Allah, ibu bapa dengan sokongan komuniti mampu membantu persekitaran hidup yang berkat dan sejahtera,” tambah Suriani.