Home Berita PAS Selangor

Sokongan berterusan kepada para frontliners – PAS Kawasan Kota Raja

90
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | KRCAMALSELANGOR mewakili PAS Kota Raja melalui intitinya yang berdaftar di bawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor turun padang secara bersendirian ataupun bersama rakan-rakan NGO lain yang turut bernaung di bawah Khidmat Malaysia.

Fasiliti dan agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti Pusat Kuarantin Negara (MAEPS), Hospital Shah Alam, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Sg Buloh, Hospital Banting, PPUM, Klinik Botanik Bukit Naga dan Jalan Kebun. Terdapat banyak NGO-NGO yang menghantar pelbagai bentuk sumbangan bagi menyokong dan menyuntik semangat kepada para petugas barisan hadapan negara.

Sebagaimana maklum, hospital-hospital dan kakitangannya kini sedang berhadapan tugas berat dan bekerja melebihi paras biasa. Mereka sedang kepenatan kerana bekerja ‘Double Shift’ dan kekurangan rehat. Peningkatan kadar jangkitan Covid-19 harian juga menyebabkan wad sesak, ICU penuh dan kadar kematian harian meningkat mendadak.

May be an image of one or more people and people standingMenurut KRCAMALSELANGOR, Program Santuni Frontliners ini akan diteruskan tanpa henti sehinggalah keadaan di hospital dan pusat kuarantin kembali stabil. Bersama kita doakan kebaikan untuk para frontliners dan negara kita agar kembali pulih daripada ancaman Covid-19.

May be an image of one or more people and text

Berdasarkan laporan pada hari Selasa bersamaan 15.6.2021, KRCAMALSELANGOR bersama NGO KASEH dan BAKEWANIS akan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah semula bagi menyampaikan sumbangan prihatin.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor