Home Berita PAS Terengganu

Sokong remaja 18 tahun layak jadi wakil rakyat

88
SHARE

DUNGUN – Menerusi pindaan perlembagaan yang diluluskan di Dewan Rakyat remaja seawal umur 18 tahun layak mengundi dan juga berpeluang untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata sudah sewajarnya mereka perlu bersikap matang dan mengambil tahu perkembangan politik negara.

“Apalagi di bahu mereka terpikul amanah yang besar sebagai seorang Islam, mesti ada cita-cita untuk meletakkan Islam di tempatnya, ‘Islam itu Tinggi dan Tiada Yang Lebih Tinggi Daripadanya’,” ujar Alias lagi.

Beliau menjelaskan demikian kepada hampir 20 orang tetamu yang hadir di Majlis Sambutan Hari Lahir Bersama YB Cikgu Alias Harun yang diadakan di sebuah restoran di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut telah berjaya mengumpulkan golongan muda yang berusia 18 hingga 24 tahun dan dilahirkan pada bulan Disember.

Ianya turut diserikan acara memotong kek sebagai ‘gimik’ dan juga penyampaian hadiah harijadi.

Katanya, mereka juga seharusnya  menjadi penggerak kepada rakan-rakan sebaya yang lain untuk terus mengekalkan kerajaan yang ada pada hari ini.

” Dengan pelbagai inisiatif yang diberikan kepada orang muda oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan dengan antaranya lesen motor percuma, pinjaman serta biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan menyediakan peluang pekerjaan, tanda cakna kepada mereka.

“Sebagai ‘first voters'(pengundi pertama kali) yang sudah tentu teruja untuk mengundi tetapi keterujaan itu diharapkan tidak sampai anak-anak tersalah memilih,”
katanya lagi.