Home Kenyataan Media PAS Johor

Sokong penuh penubuhan RCI Tabung Haji

28
SHARE

TABUNG HAJI : MENYOKONG PENUH PENUBUHAN RCI

Tabung Haji (TH) sebuah institusi kewangan dan pengurusan jemaah haji milik negara ini yang telah berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa kerana keunggulan tadbir urusnya dikagumi oleh semua negara Islam.

Dakwaan wujudnya ketidaktelusan tadbir urus TH mula bangkit sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih negara dan sehingga kini masih belum terjawab, ini telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap simpanan dan pelaburan mereka di dalam TH.

Oleh itu, PAS Johor sangat menyokong keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri semalam.

Diharapkan dengan tertubuhnya RCI akan terjawablah segala dakwaan dan jika terbukti wujudnya penyelewengan maka kes ini hendaklah segera dibawa ke muka pengadilan.

Kami juga mengharapkan agar selepas ini TH akan kembali kukuh seterusnya menjadi benteng yang membantu ekonomi umat Islam di negara ini.

Terima kasih.

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

15 Julai 2021 | 5 Zulhijjah 1442H

#IslamMemperkukuhPerpaduan

#KerajaanPrihatin #MenangBersama

#MalaysiaSejahtera #JohorSejahtera