Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Sokong Ketetapan Terkini Pengimarahan Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan

31
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Sokong Ketetapan Terkini Pengimarahan Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan

1. PAS Wilayah Persekutuan menyokong dan merakamkan ucapan terima kasih atas ketetapan terkini yang telah diumumkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi pengimarahan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bertarikh 17 Mac 2022.

2. Antara ketetapan baharu yang bakal berkuat kuasa pada 1 April 2022 ini merangkumi solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal, kehadiran bagi yang telah divaksinasi tanpa had umur, kebenaran untuk melaksanakan solat sunat Tarawih, qiamullail, tadarus dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadhan tidak lama lagi.

3. Pengumuman tersebut semestinya suatu berita gembira buat umat Islam di negara ini yang telah lama merindui kemeriahan masjid dan surau terutamanya dalam bulan Ramadhan.

4. Justeru, PAS Wilayah Persekutuan menyeru warga Wilayah Persekutuan untuk lebih bersemangat mengimarahkan masjid dan surau di samping terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

#IslamMenyatukanUmmah
#WilayahSejahtera

USTAZ HAJI AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
17 Mac 2022 | 14 Syaaban 1443H