Oleh: Siti Nadiah Abdul Mutalib
Tawau: Dalam usaha mendidik masyarakat akan kepentingan memelihara alam sekitar, Pertubuhan Sahabat Alam Muslimat Tawau semalam telah menganjurkan Program SAMT Walk And Clean bertempat di persisiran pantai Batu Payung, dekat sini.
Program yang menekankan plogging dan dakwah ini telah disertai seramai 9 orang ahli dari kalangan wanita-wanita sekitar daerah Tawau yang mendapat info daripada media sosial.
Selama lebih sejam, para peserta telah mengumpulkan sisa-sisa pepejal yang terdapat di persisiran pantai berkenaan untuk dilupuskan.
Menurut pengarah program, kasmayanti sakaria, pertubuhan SAMT telah dikenali oleh penduduk Tawau dengan penganjuran program-program yg berobjektifkan kebersihan alam sekitar dan mendidik masyarakat akan kepentingan memelihara keindahan dan kebersihan sekitar tawau.
Tambahnya lagi, “program ini bukan sahaja menitik beratkan kebersihan, malah tubuh badan akan menjadi lebih sihat”.
Beliau mengharapkan penyertaan yang lebih ramai pada program SAMT walk and clean yang akan dilaksanakan secara berkala pada masa akan datang.