Home Artikel PAS Selangor

Slot Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor – Kunjungan Hormat Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Ke Atas Pengarah SPR Negeri Selangor

439
SHARE

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah SPR Negeri Selangor, Tuan Shafie bin Taib pada hari ini jam 11.30 pagi.

YB Dato Dr Ahmad Yunus bersama rombongan termasuk Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPrN) Selangor, Tuan Rosli Jusoh serta 5 orang ahli Jawatankuasa JPrN turut hadir bersama.

Kehadiran ahli rombongan PAS Negeri Selangor telah disambut mesra oleh Pengarah SPR Negeri Selangor dan Pegawai Kanan beliau.

Di majlis pertemuan tersebut pihak PAS telah mengemukakan beberapa pandangan ke arah meningkatkan kelancaran perjalanan pilihanraya di negara ini antaranya penambahan saluran tempat mengundi, pengurangan bilangan pengundi bagi setiap saluran, maklumat RDPT dan lain-lain.

Majlis pertemuan tersebut telah berjalan dengan mesra dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

8 Zulhijjah 1441H | 29 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan