Home Artikel PAS Selangor

Slot Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor | JPrN Selangor – Siri Kunjungan JPrN Ke Kawasan Parlimen Tanjung Karang

374
SHARE

Tanjung Karang, Selangor | 14 Ogos 2020

Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor (JPrN) telah turun melakukan lawatan ke Kawasan Parlimen Tanjung Karang. Majlis pertemuan diadakan di Markaz PAS Kawasan Tanjung Karang.

Rombongan JPrN kali ini diketuai oleh Tuan Hj Adram selaku Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor mana kala PAS Kawasan Tanjung Karang pula diwakili oleh Ustaz Zamri Zainulddin selaku Yang-Dipertua PAS Kawasan Tanjung Karang.

Apa yang dapat di sampaikan oleh Tn Hj Adram adalah mengenai pengurusan Parti dengan berobjektif. Selain dari tu juga beliau turut mengingatkan kepada yg hadir agar fahami situasi terkini untuk di terangkan ke akar umbi dan patuh pada arahan pimpinan berkongsi soal berkongsi kuasa dibawah Muafakat Nasional ataupun Perikatan Nasional.

Ucapan YDP PAS Kawasan Tanjung Karang Ustaz Zamri Zainulddin berkata di hadapan Jentera Pilihanraya yang hadir iaitu jangan hanya berharap ingin mendapat kemenangan dengan bermain persepsi sahaja dengan tinggalkan politik realiti seperti memberi khidmat kebajikan dan sebagainya. Mewakafkan diri untuk Jemaah dan perjuangan sejam dua dalam sehari.

Kehadiran Jentera Pilihanraya seramai 40 orang. Program kunjungan tersebut berjalan dengan lancar.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan