Jentera Pilihanraya PAS Selangor hari ini berkampung separuh hari di Kota Raja menerima amanat dan arahan gerak kerja dari Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat YAB Tuan Haji Muhamad Sanusi Md Nor yang juga merupakan Menteri Besar Kedah yang baru.
Pertemuan yang julung kali diadakan selepas Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah. Ucapan yang disampaikan demi memastikan jentera di semua peringkat sentiasa berada dalam keadaan bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang akan berlaku.
Jentera Selangor yang diketuai oleh Sdr Rosli Jusoh sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Selangor cakna dengan persiapan jentera dan memastikan pertemuan dengan Ketua Pengarah JPPP berjalan dengan lancar. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
4 Zulhijjah 1441H | 25 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan