Home Berita PAS Sabah

Skuad Prihatin Sabah Membina Gerak Kerja Cekap Dan Optimis.

724
SHARE

Oleh : Laila Ismail
07 Ogos 2019

SANDAKAN. Buat pertama kalinya Program Pra Bengkel Skuad Prihatin telah dianjurkan di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah pada 4hb Ogos 2019 lalu di Pejabat PAS Batu Sapi, Sandakan.

Program ini bertujuan untuk menerangkan tugas dan langkah dalam gerak kerja yang lebih sistematik dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan mengikut prosedur yang lebih tertib dan teratur di bawah Dewan Muslimat PAS Kawasan dan Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat Pas Negeri Sabah.

Pra Bengkel ini juga bertujuan bagi melahirkan Skuad Prihatin yang aktif dan cekap dalam membina gerak kerja yang sekata di seluruh kawasan di negeri Sabah serta mampu berdaya saing di peringkat Nasional.

Program Pra Bengkel Skuad Prihatin telah dihadiri oleh wakil-wakil Ahli Jawatankuasa Dewan Harian Muslimat PAS Kawasan PAS Batu Sapi, Kinabatangan, Libaran, Sandakan dan wakil-wakil daripada Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Silam, Tawau, Sandakan, Batu Sapi, Kinabatangan dan Libaran.

Turut hadir dalam bengkel ini adalah, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Nurul Izzati Yusuf sebagai pemantau dalam program yang dilaksanakan.