Oleh: Najah Izzati
KANGAR : Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis(DMPNPs) telah meneruskan misi bantuan banjir ke DUN Kayang rentetan bencana banjir yang telah melanda negeri ini pada bulan September yang lalu.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPNPs, Puan Jaliah bt Mohd Zakhir, Pengarah Jabatan Amal Negeri Perlis, Tuan Amirul Jufri B Mat Saman, Pengarah MTD Kayang, Tuan Hj Md Radzi b Hassan dan Ketua DMPK Kangar, Puan Hasmayati bt Che Me, adalah antara yang turun padang menziarahi mangsa banjir.
Pada 12 Oktober yang lalu, sebanyak 10 buah keluarga telah diziarahi. Hasil daripada tinjauan yang dilakukan, didapati terdapat keluarga yang terpaksa menanggung kerugian mencecah RM2000.
Bersempena dengan lawatan tersebut, sumbangan hasil kutipan yang diterima daripada pelbagai pihak telah diserahkan kepada kesemua keluarga terjejas banjir. Rata-rata penduduk yang ditemui menyifatkan pelaksanaan misi bantuan sebegini, telah sedikit sebanyak mengurangkan bebanan yang mereka alami.
Pihak Skuad Prihatin juga menyampaikan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para dermawan yang telah menyampaikan sumbangan banjir ini melalui LKK DMPM.
Bagi yang ingin terus menyumbang, sumbangan boleh di salurkan ke akaun tertera:
Dewan Muslimat PAS Pusat :
MAYBANK: 5640 2540 0711
SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:
Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381