Home Berita PAS Sabah

Skuad Prihatin DMPK Keningau ziarah komuniti setempat

22
SHARE

Oleh : Rafiah S
4 JANUARI 2025

KENINGAU: Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Keningau, di ketuai Ketua Muslimat, Nor Azian Sapiai telah melaksanakan ziarah ke Hospital Keningau bagi menyantuni bayi berusia satu bulan, Aniq Saifuddin, cucu kepada Puan Saimah dan anak kepada Puan Amirah. Bayi Aniq dirawat di hospital kerana masalah jangkitan kuman.

Dalam ziarah tersebut, Ketua Muslimat DMPK telah menyerahkan sumbangan kepada ibu bayi sebagai tanda keprihatinan.

Program ziarah kedua telah dilaksanakan di Kampung Merampong untuk menyantuni Puan Sinura Gantakis, mantan Ketua Muslimat Merampong, yang sedang diuji dengan penyakit buah pinggang.

Berdasarkan saranan doktor, Puan Sinura akan memulakan rawatan dialisis di klinik swasta selepas janji temu doktor di hospital dalam tempoh dua minggu lagi.

Turut sama dalam ziarah ini adalah ketua Biro Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial DMPK Keningau, Rafiah Sulaiman dan AJK Puan Ohana.

Ketua Muslimat DMPK turut menyampaikan sumbangan kepada Puan Sinura sebagai tanda prihatin terhadap ujian yang dihadapinya.

Skuad Prihatin DMPK Keningau mengajak muslimin muslimat agar berdoa supaya mereka yang diuji dengan kesakitan diberi kesembuhan dan segala urusan rawatan dipermudahkan oleh Allah.

Program seperti ini akan terus diadakan oleh Skuad Prihatin DMPK Keningau untuk memastikan komuniti yang memerlukan sentiasa dibantu dan disantuni.