Home Berita PAS Selangor

Skim Prihatin COVID-19 – Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan

133
SHARE

May be an image of 1 person, standing, headscarf and text that says "PTP HALAI MART PANDAN SKIM PRIHATIN COVID 19 2021 Dewan Muslimat PAS Pandan f Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan Dewan Muslimat PAS Pandan Sp Adobe Spark"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Pandan | Memetik kenyataan Puan Aini Ahmed Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan, setelah menyedari ramai di kalangan sahabat muslimat yang terkesan dengan pandemik yang berpanjangan hingga ke PKP 3.0 ini, DMPK Pandan melalui Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK) mngambil inisiatif untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada yang memerlukan.

“Kepada sahabat muslimat yg terkesan boleh datang ke PTP MART dan mengambil barang-barang keperluan dapur bernilai RM35 sahaja per keluarga. Tarikh aktif ini adalah sepanjang tempoh ‘Total Lockdown’ (1 -14 Jun 2021). Terlebih dahulu, isi maklumat diri dalam buku/borang yang disediakan dan maklumkan kepada petugas PTP Mart” sambung beliau.

Semoga dengan sumbangan yang kecil ini dapat membantu meringankan beban para sahabat seperjuangan dan juga semoga Allah menjaga kita semua khususnya sahabat muslimat PAS Pandan dan mengangkat wabak Covid-19 ini InshaAllah.

PIC : Rofiah Abdul Rahman
Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor