Home Uncategorized

Skim Kifalah Bakri Sumbang Khairat Kepada Waris Pencarum

570
SHARE

Skim Kifalah Bakri Sumbang Khairat Kepada Waris Pencarum

Oleh : Ammar Firdaus

BAKRI: Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat melalui Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS) telah mengadakan majlis ringkas penyampaian sumbangan bertempat di Markaz PAS Kawasan Bakri kelmarin dulu.

Program ini diadakan bagi menyampaikan manfaat Khairat kepada pewaris pencarum yang telah mencarum dengan skim Kifalah Ahli PAS (Skim PAS) ini.

Penyerahan manfaat khairat tersebut telah disampaikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Bakri, Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut.

Turut hadir, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bakri, Azman Ibrahim dan Perunding SkimPAS Kawasan (PSK) Bakri, Azizah Alimat.

Waris kepada pencarum skim Sidek Dolah telah menerima manfaat khairat berjumlah RM10,000.

Isteri beliau, Allahyarhamah Nur Rahimah A. Wahab menghembuskan nafas terakhir pada 5 Oktober 2020 akibat kanser paru-paru merupakan pencarum SkimPAS.

Perunding SkimPAS Kawasan Bakri, Azizah Alimat berkata ini merupakan penerima manfaat yang pertama sejak SkimPAS mula dilancarkan di Kawasan Bakri.

Tambahnya lagi, dengan mencarum hanya RM55 selama setahun pelbagai manfaat yang akan kita perolehi jika berlaku musibah seperti kematian dan kemalangan juga dapat meringankan beban waris yang kita tinggalkan.

“Saya mensasarkan agar setiap ahli di Kawasan Bakri termasuk guru² PASTI menyertai SkimPAS dan usaha memperkenalkan SkimPAS ini perlu dilakukan di setiap program PAS juga pertemuan bersama ahli-ahli PAS di semua peringkat, ucap Yang Dipertua PAS Kawasan Bakri, Ustaz Kamalulnizam Suhut.

Untuk segala pertanyaan berkaitan SkimPAS boleh hubungi Azizah Alimat melalui talian 016-7787679.