Home Rencana PAS Selangor

Siti Nurshuhaini Azman mencipta nama – DACS Selangor

125
SHARE

May be an image of 1 person, headscarf and text

DACS Selangor Duta Anak Muda | Department Of Art, Culture And Sport (DACS) Selangor

Oleh : Department Of Arts, Culture & Sport (DACS)
Dewan Pemuda PAS Selangor

Aksi pemain badminton wanita termuda negara iaitu Siti Nurshuhaini Azman kian mencuri tumpuan ramai setelah berjaya muncul sebagai Naib Johan Terbuka Republik Czech, 24 Oktober lalu.

Pemain yang berusia 17 tahun ini membuat penampilan sulung apabila mengalas cabaran Skuad Badminton Wanita Negara dalam saingan Piala Uber 2021 lepas.

Apa yang menarik adalah Siti Nurshuhaini tampil di atas gelanggang dengan cara berpakaian mengenakan hijab.

Satu keadaan yang pasti mengembirakan rakyat Malaysia apatah lagi atlet yang berasal dari Rawang, Selangor ini mengekalkan jati diri sebagai seorang muslimah sejati walaupun beraksi di pentas dunia.

DACS Selangor merakamkan ucapan Tahniah buat Siti Nurshuhaini Azman di atas kejayaan Naib Johan Kejohanan Badminton Terbuka Republik Czech 2021 dan Selamat Maju Jaya sebagai karier pemain badminton negara.

Menutup aurat tidak menghalang kita untuk bermain di pentas tertinggi serta menempa kejayaan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor