Home Berita PAS Pahang

Siri 10 – The Return of AKU DAN PAS

1285
SHARE

PAS bukan Pak Turut , bukan Lebai Malang dan Lunchai yang terjun dengan labunya.

Allah swt tidak menurunkan Islam bagi tujuan menzalimi manusia, ia adalah cara hidup agar manusia mendapat kemuliaan dan pembebasan dari api neraka. Islam memandu kehidupan manusia merentasi lebuh raya kehidupan di dunia dan Akhirat.

PAS tidak akan mengikuti sesuatu yang bukan datangnya dari Islam, PAS ada majlis Syura yang sentiasa mengawal dasarnya agar tidak tergelincir dari landasan Islam. PAS berada di medan politik bukan diatas tuntutan nafsu tetapi ia adalah tuntutan agama.

Kalau nak ikut nafsu, tak perlu ahli-ahli PAS berkorban dan sanggup disiram dengan fitnah dan caci maki, lebih baik PAS masuk umno sebagaimana puak PH tuduh PAS begitu dan kalau PAS nak menang cepat tak perlu PAS bergabung dengan PH, lebih baik dan cepat menangnya jika PAS bergabung dengan umno.

Tapi PAS bukan Pak Turut, yang akan ikut je semua kata manusia bagi tujuan nak menang pilihanraya, walaupun terpaksa gadaikan dasar Islamnya, juga bukan Lebai Malang yang sanggup gadaikan prinsip sehingga muflis maruah dan kerugian di Akhirat, PAS tidak akan berada didalam bahtera politik yang tidak dikemudikan oleh agama yang akhirnya akan menenggelamkan dasar Islamnya, PAS bukan Lunchai.

Kalau kerana PAS tak nak ikut umno atau PH, PAS dikeji dan dituduh macam-macam, silakan !!, Islam yang menjadi dasar PAS telah mengajar dan meyakinkan ahlinya bahawa syafaat atau mudharat datangnya dari Allah, bukannya makhluk. PAS takkan buruk dengan kata-kata manusia dan umno/PH takkan jadi mulia dengan sebab mereka menghina PAS.

Kemuliaan itu datangnya dari sisi Allah swt, Allah swt yang memuliakan manusia dan tiadalah kemuliaan melainkan dengan Islam. Kalau umno/ph nak kata mereka betul, silakan, tapi PAS tetap yakin bahawa Islam lah yang paling betul, sebab itu PAS tak ikut siapa2 dalam berpolitik melainkan ikut apa yang telah digariskan oleh Allah didalam Islam.

YB Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang

(gambar di Jabal Thur)