Home Berita PAS Sabah

Singgah Sahur erat hubungan dengan petugas barisan hadapan

71
SHARE

Oleh : Martina Tahil
23 April 2022

LAHAD DATU : PAS Kawasan Lahad Datu menganjurkan program singgah sahur bagi menyantuni petugas barisan hadapan di daerah ini, hari ini.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Nizam Latuah, menyifatkan bahawa program itu merupakan salah satu cara untuk menghargai jasa petugas barisan hadapan di samping merapatkan hubungan silaturahim antara PAS Lahad Datu dan mereka.

“Juadah sahur diedarkan kepada beberapa pasukan barisan hadapan termasuklah polis, bomba, JPJ, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Selain itu, serahan dua buah kipas berdiri juga diberikan kepada pihak APM,” ujar beliau yang juga merupakan ahli majlis daerah Lahad Datu.

Sementara itu, Ketua Urusan Ulama PAS kawasan, Zaki Ibrahim, sempat memberi tazkirah ringkas semasa edaran dilakukan di pejabat APM.

“Bekerja juga adalah ibadah seperti mana ibadah khusus iaitu solat dan berpuasa, sentiasa bekerja dengan penuh ikhlas serta amanah dan yakinlah akan ada ganjarannya di akhirat kelak,” kata beliau lagi.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu, Landari Labobo. Kedatangan PAS Lahad Datu ke Pejabat APM disambut baik oleh Pegawai Pertahanan Awam Lahad Datu, Lt. Tuan Asby Anwar.

Beliau mengucapkan terima kasih di atas kunjungan serta berharap kerjasama di antara PAS dan APM untuk membantu masyarakat akan berterusan.