Home Berita PAS Perak

Singgah sahur 12.0 semarakkan Ramadan 1444H

294
SHARE

HAFIZ GREEN MART / 9 APRIL 2023

LUMUT : Alternative Riding Club (ARC) di bawah Department of Arts, Culture and Sport
(Jabatan Seni, Budaya dan Sukan), DACS Lumut untuk tahun kedua belas berturut-turut, berjaya menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa agensi kerajaan dan swasta di sekitar bandar raya ini.

Sebanyak 25 buah motor bersama kira-kira 40 ahli ARC berkonvoi ke sembilan destinasi terpilih bagi mengagihkan 150 bungkus Nasi Tomato untuk sahur, bermula jam 12.30 awal pagi tadi.

Destinasi terbabit ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dan Sitiawan, Hospital Besar Manjung, Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sitiawan, serta Balai Bomba dan Penyelamat Manjung dan Sitiawan, Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut, Hospital Pantai Manjung dan KPJ Manjung.

Malah, Singgah Sahur kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Haji Rosli Abdul Rahman, ADUN Pasir Panjang seawal program dimulai bacaan doa oleh Amirul Fahmi bin Zamberi, Naib Ketua Pemuda PAS Lumut.

Hj. Rosli berkata, Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang akan sentiasa menyokong dan mengalu-alukan sebarang program yang memberi manfaat buat rakyat lebih-lebih lagi mereka yang berkhidmat menjaga keselamatan dan keamanan rakyat setempat.

Sementara itu, Pengerusi DACS, Mohd Asyraf Zainal Abidin, berkata pihaknya bangga dapat melaksanakan inisiatif berkenaan dan berharap ianya dapt diteruskan pada masa depan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian program tahun ini.

“Program ini secara tidak langsung dapat menzahirkan penghargaan kepada petugas yang menyumbang kepada negara, khususnya di Daerah Manjung di samping meraikan Ramadan disamping memperingati Hari Nuzul Al-Quran pada malam ini,” katanya ketika ditemui selepas program itu, di sini.

Beliau berkata, program itu juga menjadi kegiatan santai buat ahli ARC Lumut, Pengerusinya ialah Muhammad Nizar bin Majid selain dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama Ahli Kelab Samudera Riding Club (SRC), penyokong dan pendokong PAS terdiri di kalangan anak muda.