Sinergi Jentera Diaktifkan Tahap Maksima
Pemerkasaan Jentera PRU PAS Perak telah diaktifkan dengan sebaiknya, perkara tersebut dinyatakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Haji Mustafa Abdul Wahab.
Beliau turut berkongsi persediaan PAS Perak ke arah Pilihanraya Umum akan datang bersama Pegawai Penerangan dan Hubungan Media PAS Perak.
Gerakerja pilihanraya tidak boleh dilihat sebagai satu aktiviti atau operasi pilihanraya semata-mata. Kesilapan pandangan sedemikian menyebabkan gerakerja pilihanraya dilakukan secara bermusim.
Hakikatnya gerakerja pilihanraya adalah keseluruhan aktiviti dan gerakerja parti yang menjurus kepada peningkatan pemahaman Islam, penambahan sokongan kepada parti dan perubahan persepsi masyarakat kepada PAS.
Oleh itu kerja pilihanraya bermula dari dasar parti, keputusan mesyuarat, kenyataan pimpinan, aktiviti lujnah dan seterusnya segala kegiatan parti di semua peringkat.
PINTAS merupakan strategi pilihanraya yang telah disusun bagi menghadapi PRU ke-14. Semua kawasan perlu merujuk PINTAS bagi melaksanakan gerakerja pilihanraya. Semua kerja pilihanraya perlu dirancang dan disusun secara sistematik dan berstrategik supaya perlaksanaanya berfokus dan dapat diukur pencapaiannya.
Pelbagai pendekatan perlu dirangka demi meraih dan mencipta kemenangan khususnya di kerusi majoriti Melayu. Transormasi pendekatan politik dan pendekatan pilihanraya perlu dilakukan dengan berani dengan tidak mengabaikan prinsip parti.
Aspek peluang dan ancaman dengan melihat kepada sosio politik semasa perlu diambil kira iaitu soladiriti kaum Cina bersama DAP dan BN dan juga perpecahan undi melayu kepada PAS – UMNO – PAN – PKR – BERSATU.
46. Dalam masa yang sama psiko pimpinan dan petugas PAS yang mahukan kemenangan tetapi tanpa melalui kepayahan, kesungguhan dan kesusahan.
Pimpinan dan petugas PAS lebih selesa untuk terus menghentam, mengkritik dan memperkecilkan parti-parti lain dalam masa yang sama mengabaikan tanggungjawab dan tugas menggerakkan jentera parti. Ada yang berasa terhibur bila dapat mencemuh usaha dan kerja parti-parti lain.
Bahkan lebih buruk dari itu ada dikalangan ahli PAS turut sama menyebarkan maklumat palsu dan fitnah hanya kerana untuk memburukkan parti lawan. Kita perlu kembali kepada konsep BPMS iaitu antaranya ialah politik sebenar bukan persepsi dan politik rasional & profesional. PAS perlu segera keluar dan mod selesa.
Jentera merupakan penggerak utama kepada organisasi. Penyusunan dan pengagihan sumber manusia dengan tepat akan menghasil jentera yang efektif dan efisien.
Setiap ahli mempunyai kepakaran dan kecenderungan yang berbeza yang perlu diatur dan digunakan dengan bijak dan berkesan.
Seluruh jentera operasi pilihanraya di semua peringkat perlu mula bergerak mulai sekarang. Penyusunan semula organisasi perlu dilakukan secepat mungkin.
Pengarahan kerja perlu disampaikan sehingga ke peringkat akar umbi. Latihan dan bengkel sewajarnya telah bermula untuk mempertingkatkan kemahiran tektikal dalam kerja-kerja pilihanraya.
Motivasi ahli pada ketika situasi ini perlu berada pada tahap yang paling maksima. Peningkatan kualiti dan kuantiti ibadah dan syaksiah perlu dilakukan bagi mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah swt.
Setiap portfilio perlu fokus kepada perlaksanaan tugas dan tanggungjawab mengikut portfolio masing-masing. Tidak perlu membajak di tanah orang. Bina perancangan dan wujudkan pelan tindakan.
Bilik Gerakan perlu menjadi pusat dan sumber kepada pelbagai data dan maklumat. Setiap data perlu dianalisa dan diproses menjadi maklumat yang berguna. Maklumat yang tepat akan menghasilkan tindakan yang tepat.
Kecekapan mengumpul dan mengurus data dan maklumat merupakan faktor utama dalam menentukan keberkesanan sesuatu strategi dan gerakerja.
Dana pilihanraya merupakan nadi kepada seluruh gerakerja pilihanraya. Perancangan dana perlu dilakukan di setiap peringkat dan dilakukan lebih awal.
Pelbagai strategi dan aktiviti bagi maksud mengumpul dana perlu diatur dan dilaksanakan secara serius agar sasaran dana yang menjadi ‘target’ akan tercapai.
Budaya hanya menunggu dan mengharapkan sumbangan dan derma bila tiba musim pilihanraya perlu diubah. Satu usaha yang sungguh-sungguh dan gigih dengan perancangan yang tersusun perlu dilaksanakan.
Daftar pemilih dan pengundi merupakan peluru utama dalam perang pilihanraya. Mereka adalah sasaran dakwah dan ‘pelanggan’ penting dalam pilihanraya.
Jika berjaya menguasai dan menambat hati majoriti di kalangan mereka maka kemenangan adalah hasilnya.
Sifir mudah dalam pilihanraya jika kita berjaya mendapat undi lebih separuh daripada mereka maka kita akan diisytiharkan menang.
Operasi untuk menambah pengundi baharu perlu diteruskan dengan lebih hebat dan sistematik. Ops Makkah dan ops Madinah perlu dijadikan operasi harian setiap kawasan.
Sasaran peningkatan pengundi adalah sebanyak 10 – 15% daripada jumlah pengundi dalam PRU-13.
PAS perlu lebih serius dalam gerakerja pasukan kempen dan ziarah . Kempen, ziarah dan saraf perlu dilihat keberkesanannya.
Pasukan ini akan berdepan dengan kumpulan sasar atau pengundi dengan membawa mesej parti dan penjelasan pelbagai isu.
Oleh itu pasukan kempen perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan maklumat dan dalam masa yang sama perlu bijak menyediakan bahan dan mengatur strategi kempen yang sesuai dengan kumpulan sasar dan suasana setempat.
Pilihanraya ke-14 menuntut kepada keperluan menyediakan tenaga kumpulan pakar dan elit dalam sesuatu tugas.
Kumpulan ini akan dilatih secara khusus dan sistematik melengkapkan diri dengan kemahiran teknikal dan tektikal sesuatu bidang tugas. Mereka akan bekerja secara berfokus dan profesional.
Bidang tugas yang memerlukan kumpulan khusus tersebut adalah seperti portfolio penculaan, paca dan IT.
Kumpulan ini perlu diwujudkan secara khusus di peringkat Negeri dan di setiap Kawasan. Latihan dan bengkel bermodul akan diberi kepada setiap ahli kumpulan. Sijil tamat latihan diberi kepada yang berjaya mengikuti semua modul latihan.
Mereka yang mempunyai sijil tersebut sahaja yang layak menganggotai kumpulan pakar dan elit tersebut.
{jathumbnail off}