Oleh: Aizal Samsaruddin
2 Julai 2023
SANDAKAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Negeri Sabah telah melaksanakan program Sinar Kasih Aidiladha di sekitar kawasan Papar dan Beluran pada jumaat dan sabtu yang lalu.
Program itu diadakan adalah bertujuan untuk membantu dan menyantuni keluarga asnaf sekadar kemampuan bagi meringkan beban mereka dalam menyambut ketibaan Aidiladha.
Salah seorang asnaf yang dikenali dengan nama Noraidah menzahirkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan.
“Terima kasih banyak atas bantuan ini, ia cukup bermakna untuk kami sekeluarga,” katanya.
Beliau merupakan seorang ibu yang menghidap strok dan mempunyai 3 orang anak. Manakala, suaminya hanya berkerja sebagai seorang nelayan.
Sementara di Papar pula, seorang asnaf yang dikenali dengan nama Raisa merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak dan tengah diuji dengan sakit saraf kaki.
“Alhamdulillah, terima kasih banyak buat PAS Sabah dan Papar atas sumbangan ini. Dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban kami sekeluarga,” kata Raisa kepada pemberita.
Timbalan Pengerusi 1 LKK PAS Sabah, Nur Izzati Yusof turut menzahirkan penghargaan kepada para penyumbang atas sumbangan dan kesudian berkongsi rezki kepada mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah, hasil sumbangan tuan-puan semua telah kami sampaikan. Semoga Allah melimpahkan rezki berlipat kali ganda buat semua penyumbang yang tidak putus berkongsi rezki,” katanya ketika dihubungi.