Home Berita PAS Terengganu

‘Sikap profesional kerajaan Terengganu wajar dicontohi’ – Belia Malaysia

528
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu disifatkan sebagai sangat profesional dalam membantu Majlis Belia Malaysia mengerakkan setiap program pembangunan belia dan beliawanis.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, walaupun berbeza ideologi politik dengan kerajaan Persekutuan, sikap yang ditonjolkan negeri pantai timur itu wajar dicontohi semua pihak.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah selalu memberikan kerjasama yang baik kepada persatuan belia.

“Contoh terbaik bagi saya kerajaan Terengganu dan Kelantan walaupun kita tahu ada perbezaan politik dan sebagainya, EXCO belia Terengganu sentiasa turun dalam apa jua program yang membabitkan belia, selalu bersama dan memberikan komitmen yang terbaik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di ‘The International Youth Centre (IYC), Cheras yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu Wan Sukairi menyatakan penghargaan atas kenyataan itu sambil memaklumkan ia sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.

“Kami di peringkat kerajaan negeri sentiasa optimis dalam berganding bahu bersama pertubuhan belia bagi melakar masa depan belia Terengganu yang lebih dinamik,”ujarnya.