Home Artikel PAS Selangor

SIIRU A’LA BARAKATILLAH KEPADA PESURUHJAYA BARU NEGERI SELANGOR

417
SHARE


PENGHARGAAN DAN UCAPAN SIIRU A’LA BARAKATILLAH KEPADA PESURUHJAYA BARU NEGERI SELANGOR

Hari ini 6 Mei 2017, Dato Setiausaha Agung PAS Dato Takiyudin Hassan mengumumkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Pesuruhjaya Negeri bagi sesi 2017 – 2019.

Bagi Negeri Selangor, peringkat Dewan Pemuda merakamkan setinggi penghargaan atas lantikan Pesuruhjaya Negeri yang baru iaitu YB Us Sallehen Mukhyi. Pemilihan yang dibuat sudah pasti menjurus ke aras persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum tidak lama lagi.

Ucapan terima kasih juga di sampaikan kepada YB Dato Iskandar Abdul Samad yang merupakan mantan Pesuruhjaya Negeri dan AJK BPPNS bagi sesi lalu yang telah melaksanakan tugas dengan amat baik.

Besar harapan kami Pemuda Selangor,  agar Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri yang akan dibentuk selepas ini adalah Ahli Jawatankuasa yang akan meningkatkan secara maksimum gerak kerja pilihanraya sekaligus menjadi benteng utama perjuangan PAS di bumi Selangor ini.

                  ????? ??? ???? ????

BERSIAGA MENUJU FATHU

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

9 Syaaban 1438H | 6 Mei 2017