Home Berita PAS Perlis

Sifat Rakus dan Tamak Punca Musnahnya Alam Sekitar

1864
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

KANGAR:  Pada zahirnya setiap projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk pembangunan negeri yang mana hasilnya akan kembali kepada negeri dan rakyat setempat namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Demikian menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi semasa siri lawatan ke Perlis di Kampung Tebing Tinggi pada Ahad, 8 Oktober yang lalu.

Katanya, Islam tidak pernah menentang pembangunan , tetapi apa yang pasti setiap projek  yang dibuat janganlah  didorong oleh sifat tamak dan rakus semata-mata untuk memburu perolehan yang singkat tetapi akhirnya akan turut mengorbankan pihak yang lain.

“Hal ini adalah satu perjudian yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan  yang mengutamakan kepentingan dan keharmonian rakyat termasuk alam sekitar,” ujarnya lagi.

Ustaz Nasruddin berkata, sifat tamak dan rakus kerana mengejar tender projek menyebabkan setiap projek yang dilakukan adalah dengan terburu buru tanpa mengkaji bagaimana kesannya kepada alam sekitar.

Tegas beliau lagi, terdapat juga projek yang berlaku ketirisan seperti projek yang sepatutnya bernilai RM10 juta tetapi peruntukkan yang digunakan untuk projek tersebut hanyalah RM3 juta, sudah tentulah projek ini akan terdedah kepada pelbagai kepincangan dan kelemahan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh akan berusaha membawa isu ini pada sidang parlimen akan datang.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar Dr Saifizi Saidon dan Pengarah MTD Bintong, Jamil Kamis.