Home Berita PAS Pulau Pinang

Sidang Editorial 2.0 untuk lahirkan penulis berbakat

47
SHARE

Oleh SYAHRIZA ABD KADIR

KEPALA BATAS, 15 NOVEMBER – Akademi Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang menganjurkan Sidang Editorial 2.0 yang bertempat di Pusat Tarbiah PAS Pongsu Seribu, hari ini.

Program tersebut adalah kesinambungan daripada Sidang Editorial 1.0 yang lebih memfokuskan kepada latihan terperinci dalam memperbaiki lagi hasil penulisan berita.

Selain menjadi medan untuk melatih para wartawan yang sedia ada, program itu juga membincangkan pelbagai kemahiran dan teknik menulis berita untuk para penulis yang masih baru menceburi bidang penulisan dan kewartawanan.

Para peserta memberi maklum balas positif dengan pelaksanaan bengkel tersebut.

Nazri Hamid berkata, pihak Akademi Penerangan telah berjaya menganjurkan program yang sangat baik.

“Ilmu yang diperoleh sangat bernilai dan wajar dimanfaatkan oleh semua penulis dan aktivis parti di Pulau Pinang,” ujarnya.

Bagi Hamidah Ahmad, program itu sangat penting dan mesti disertai oleh semua ketua penerangan yang baru dilantik daripada setiap dewan.

Beliau yang baru menerima taklifan sebagai Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas merasakan ilmu yang diperoleh dari Sidang Editorial itu sangat perlu untuk dipraktikkan dalam gerak kerja penyebaran maklumat di setiap kawasan.

Arr Rahman Muhammad Zakaria pula berpendapat bengkel tersebut amat bermanfaat untuk para peserta menambah ilmu penulisan khususnya penulisan berita.

Beliau berharap agar Unit Penulisan dapat membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk memastikan hasil dan keberkesanan peserta menulis berita dan dapat dimanfaatkan kepada pembaca Harakahdaily.

Pengisian dan taklimat sidang kali ini disampaikan oleh Editor Harakahdaily, Azmi Yusof.

Pencerahan dan penerangan yang diberi oleh beliau dalam sidang tersebut sedikit sebanyak menyuntik semangat buat semua peserta.