Home Artikel PAS Selangor

Sidang Dewan : YB Ustaz Sallehen Mukhyi Membahaskan Peruntukkan Pembangunan Sabak Bernam

650
SHARE

Perbahasan Sidang Dewan Negeri Selangor semalam adalah berkaitan dengan Peruntukkan Pembangunan. Tepat jam 2.30 petang, YB Ustaz Sallehen Mukhyi mengambil bahagian membahaskan isu-isu berkait dengan kepentingan Rakyat Sabak Bernam, antaranya :

1. Bangunan Balai Raya Kg. Banting, Kg. Naidu, taman cahaya dan lain-lain.
2. Pembangunan pertanian bagi pengusaha baru.
3. Menaiktaraf jalan-jalan raya seperti di Sg. Air tawar ke Parit Baru, Bagan Terap ke Sg.      Panjang serta kaki lima jalan yang runtuh di Bagan Terap.
4. Kehadiran haiwan ternakkan seperti lembu yang berkeliaran perlu diambil tindakkan          tegas dengan penguatkuasaan polisi Kerajaan Negeri. Boleh rujuk kes Kg. Baru, Sabak.
5. Pembangunan tanah di DUN Sabak, termasuk 50 ekar tanah Perbadanan Kemajuan          Negeri Selangor(PKNS) di Sg. Lang.
6. Menyelesaikan isu tanah penempatan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar(PPRT),        Parit Lapan Barat.
7. Isu tanah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor(PKPS) di Sg. Panjang dan tanah        lot rumah di Belia 2.
8. Isu kebocoran beberapa masjid seperti di Parit 10, Kg. Sepintas, Makmuriah dan lain-        lain.
9. Pembersihan parit oleh Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) daripada 3 kali ke 4 kali.
10. Memberi peluang kepada belia membangunkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar           dengan projek pertanian kontan.
11. Isu bangunan ILDAS di Sg. Tengar.

YB Ustaz Sallehen mengharapkan perbahasan ini akan memberi manfaat kepada rakyat di DUN Sabak yang diwakilinya.