Home Artikel PAS Selangor

Sidang Dewan Selangor : Tiada Lantikan Tetap Tapi Kukuhkan Peranan Guru JAIS

687
SHARE

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 NOV: Kerajaan Negeri tidak melaksanakan proses serapan daripada jawatan kontrak kepada jawatan tetap bagi lantikan guru-guru di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bagaimanapun, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Kerajaan Negeri giat melaksanakan inisiatif baru bagi mengukuhkan peranan guru JAIS seluruh negeri.

“Dalam usaha melaksanakan peranan guru-guru JAIS, Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif baru selaras dengan keperluan masa kini, antaranya pengurusan latihan, pengurusan tekanan, pengursuan pentadbiran sekolah, komunikasi, penulisan kajian dan pengurusan kewangan.

“Selain itu, pengajaran dan pembelanjaran interakftif, pelaksanaam pembelanjaran holistik, kaedah penulisan jawi, pembinaan bantuan pendidikan, jati diri dan motivasi, pengurusan displin murid, tarbiah rohani, kursus penyediaan dan kursus penyelanggaraan komputer dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Sallehen Mukhyi di Dewan Negeri Selangor (DNS), pagi ini.

Pada masa sama, Ahmad Yunus berkata, Kerajaan Negeri turut menggalakkan guru kontrak JAIS mengikuti program perguruan di peringkat negeri.

“Guru ini boleh mengikuti Diploma Pendidikan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), namun kita tidak memberi jaminan akan adanya proses serapan bagi lantikan tetap itu,” katanya.

Berita asal : SelangorKini