Home Artikel PAS Selangor

Sidang Dewan Selangor : Status Terkini Pembinaan Rumah Selangorku

724
SHARE

KENYATAAN AKHBAR

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN MAT SHUHAIMI BIN SHAFIEI (N50 SRI MUDA)

BAGI SOALAN NO. 15 PADA 6 NOVEMBER 2017.

STATUS TERKINI PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU MENGIKUT JENIS A, B, C, D BAGI SELURUH DAERAH

Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 100,870 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Sehingga 15 Oktober 2017, sebanyak 1,813 unit RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Manakala sebanyak 21,912 Unit RSKU sedang dalam pembinaan. Perinciannya adalah seperti berikut :-

TAHUN BIL PROJEK SIAP DIBINA DALAM

 PEMBINAAN

BELUM DIBINA
2014 37

(11,768)

6

(824)

12

(4,074)

19

(6,870)

2015 84

(59,307)

5

(989)

20

(17,578)

59

(40,740)

2016 25

(17,139)

1

(260)

24

(16,879)

2017 27

(12,656)

27

(12,656)

JUMLAH 173

(100,870)

11

(1,813)

33

(21,912)

129

(77,145)

Untuk tempoh 2014 sehingga 15 Oktober 2017, sebanyak 1,813 unit RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Perinciannya adalah seperti berikut :-

Bil. PBT Nama Projek Lokasi Projek Bilangan Unit Tahun Siap Dibina
1. MPKj TJ Land Sdn. Bhd. Di Atas Lot 1024, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat. 92

(Jenis D)

21 Okt 2014
2. MBSA Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd.

 

PT 32411 (Lot Asal PT 20028, PT 20642 Dan PT 20643), Taman Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling. 536

(Jenis C)

22 Mac 2016
3. MPAJ Twin Ridge Sdn. Bhd. Lot 12010 (PM 46), Lot 1211 (PM 47), Lot 5034 (HSD 20589) Dan Lot 5035 (HSD 20590), Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak. 42

(Jenis D)

15 Jun 2017
4. MPKj TPPT Sdn. Bhd. Di Atas Lot 43783, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat. 57

(Jenis D)

12 May 2017
5. MPSp Wandeerfull Property Development Sdn. Bhd. Hakmilik PM 4851 Lot 786, PM 4852 Lot 787, Mukim Dengkil, Daerah Sepang. 198

(Jenis C)

07 Mac 2017
6. MDHS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di Atas Sebahagian PT1 HS(D) 39397 Seksyen 1D (Fasa 1), Antara Gapi, Bandar Sungai Chik, Daerah Hulu Selangor. 129

(Jenis D)

08 Mac 2017
7. MDKS Perbadanan Kemajuan  Negeri Selangor (PKNS) Di Seksyen 5, Kota Puteri, Bandar Batu Arang, Daerah Gombak. 198

(Jenis C)

28 Julai 2017
8. MPK Harum Intisari Sdn. Bhd. Di Atas Lot PT 129711, Bandar Botanic, Daerah Klang. 306

(Jenis C)

Sept 2017
9. MDKS KL-Kepong Country Homes Sdn. Bhd. Di Atas Lot 851, Geran 39815, Mukim Ijok Daerah Kuala Selangor. 224

(Jenis D)

Sept 2017
10. MPSp Sim Chong Yong Dan Yap Hoong (Trafmate) Hakmilik Geran 52258 Lot 2194, Pekan Sungai Pelek, Daerah Sepang. 7

(Jenis C)

8

(Jenis D)

Sept 2017
11. MPKj Serambi Utama Sdn. Bhd. Di Atas Lot 13217 GM 1537, Bandar Batu 18 Semenyih, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat. 16

(Jenis D)

Sept 2017
JUMLAH UNIT 1,813  

 

Dato’ Menteri Besar Selangor dalam ucapan pembentangan Bajet 2015 telah mensasarkan pembinaan sebanyak 15,000 unit Rumah Selangorku dibina dalam tempoh tiga (3) tahun bermula Tahun 2015 hingga 2018. Sehingga 15 Oktober 2017, sasaran tersebut telah mencapai objektifnya di mana sebanyak ­­21,912 unit sedang dibina di seluruh Negeri Selangor. Peningkatan ini disebabkan insentif galakan Kerajaan Negeri Selangor dan juga hasil daripada penguatkuasaan yang dijalankan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta kerjasama baik daripada semua pemaju. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri percaya bahawa sasaran 15,000 unit tersebut mampu ditingkatkan sehingga 30,000 unit menjelang akhir tahun 2020.

Y.B. Dato’ Iskandar Abdul Samad

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
6 November 2017