Home Artikel PAS Selangor

Sidang Dewan Selangor : LRA Semenyih 2 dan Labohan Dagang Berjalan Ikut Jadual

147 views
SHARE

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 NOV: Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 dijangka beroperasi sepenuhnya Disember ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sehingga 30 September status perkembangan projek sudah mencapai 87 peratus siap.

“Berkaitan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB), pelan tenaga elektik akan mula diaktifkan pada pertengahan November.

“Kita optimis projek ini akan siap mengikut jadual bagi mencapai sasaran penghasilan 100 juta liter air sehari dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan.

Mengenai status projek LRA Labohan Dagang, setakat ini kerja di tapak berjalan lancar sekitar 12 peratus sehingga 24 Oktober lalu.

Projek ini dijangka siap sebelum Disember 2018.

Menyentuh soal pemilik tanah persendirian yang terlibat, LRA Semenyih 2 melibatkan 3 lot persendirian sementara 100 lot lagi dalam LRA Labohan Dagang.

Zaidy menjelaskan, Kerajaan Negeri bersedia membayar jumlah pampasan yang akan ditetapkan mahkamah memandangkan ada pemilik tanah persendirian membawa isu ini ke mahkamah.

=EZY=

Berita asal : SelangorKini