Home Berita PAS Selangor

Sidang Dewan Negeri Selangor Tegang Tapi Lancar – Timbalan Speaker

451
SHARE

Sidang Dewan Negeri Selangor Tegang Tapi Lancar – Timbalan Speaker

Oleh : Asmaa Yusof

SHAH ALAM, 26 Julai – Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas Tahun 2017 yang berlangsung selama dua hari bermula 24 Julai lalu tamat dengan aman.

Menurut timbalan speaker, Y.B Shafie Ngah, perjalanan sidang selama hampir dua hari tersebut aman tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.

“Sepanjang dua hari ini, kita melihat semua YB Selangor aktif, momentum mereka kekal untuk menjaga kepentingan rakyat daripada mana mereka beradapun.

“Daripada mana parti pun mereka berada, mereka bercakap atas “tune” yang sama, kepentingan lain didahulukan,” katanya.

Namun demikian, sedikit ketegangan telah berlaku melibatkan perbahasan mengenai 1MDB. Mengulas lanjut situasi tersebut, beliau berkata peraturan dan undang-undang mesyuarat akan mengawal keadaan.

“Di dewan, kita ada peraturan untuk bercakap dan membantah lain-lain orang yang sedang bercakap. Jadi bila kita bertemu dengan keadaan sedikit kegawatan, maka kita perlu sedikit kembali kepada peraturan dewan untuk mematuhi disiplin di dewan supaya mereka yang berucap diberikan peluang untuk berucap dan mereka yang mahu menyanggah atau bertanya soalan diberikan juga ruang tetapi dengan peraturan yang teratur,” ujar beliau.

Y.B Shafie Ngah semasa ditemubual turut mengambil peluang mengajak rakyat menilai pentadbiran yang sedia ada supaya merekd sedar siapa yang patut diundi nanti.

“Saya mengajak semua pengundi tak kira di mana berada khususnya di Bangi, untuk kembali kepada asas kita iaitu membawa negeri yang baik ke hadapan, menjaga hak rakyat didahulukan dan memastikan mereka yang bersih untuk terus memimpin kerajaan negeri Selangor ini.