Siapakah Si Baju Merah Bersama Tong Air
Siapakah si baju merah? Barangkali itulah bualan yang sering berlaku bilamana negara dan rakyat ditimpa musibah. Belum sempat mana-mana individu sampai, mereka dah terlebih dahulu menyinsing lengan memerah keringat. Menghulurkan bantuan serta meringankan beban mangsa.
Anak muda yang sering “terpacak” dihadapan saat rakyat memerlukan itu adalah dikalangan PEMUDA PAS yang menyarung pakaian Jabatan Amal ketika bertugas membantu rakyat. Terkini di Negeri Selangor, saat kekerapan isu gangguan air terjadi bak “cendawan tumbuh selepas hujan”, Pemuda PAS melalui Jabatan Amal hadir membantu. Di flat-flat, rumah kos rendah dan kawasan lapang tempat berkumpulnya rakyat.
Barangkali ada rakyat yang menerima bantuan-bantuan ini tertanya siapakah mereka. Bukan untuk membangga diri, tetapi itu lah anak muda PAS yang dididik agar senantiasa prihatin terhadap nasib rakyat. Tiada balasan yang ingin diminta apatah lagi bayaran. Memadai sequdus doa dari rakyat agar seluruh Pemuda PAS dan Jabatan Amal diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti buat semua.
Us. Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
4 Rabi’ul Awal 1442H | 21 Oktober 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor