Home Berita PAS Pusat

Siapa Menganut Ajaran Sesat?

1090
SHARE


KATALOG KARYA TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Siri 4 (Setiap Rabu)

Oleh Mohd Fadli Ghani
https://m.facebook.com/mohdfadlighani

SIAPA MENGANUT AJARAN SESAT?, GG EDAR, KUALA LUMPUR (1986)


Buku SIAPA MENGANUT AJARAN SESAT? adalah transkripsi ucapan penuh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang disampaikan di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 27 November 1984 ketika membahaskan Belanjawan Terengganu 1985. Ucapan ini disampaikan bagi menjawab isu pemisahan agama dan politik yang timbul di Terengganu pada awal 1980-an sehingga membuakan isu kafir mengkafir. Antara isu yang dibangkitkan ialah tentang sumber hasil kerajaan yang tidak berkat, perlaksanaan hukum syariat, dasar negeri yang tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah, kerajaan menganut ajaran yang bertentangan dengan Islam, undang-undang negara tidak berasaskan Islam, kesesatan sekularisme, perpecahan umat, isu kafir mengkafir dan sebagainya. Secara umum penulis telah menjelaskan isu tentang ancaman ajaran sesat sekularisme kepada masyarakat Islam.

MAKLUMAT BUKU:

Nama buku: SIAPA MENGANUT AJARAN SESAT?
Penerbit: GG Edar, Kuala Lumpur
Tahun terbit: 1986
ISBN: Tiada
Kulit: Lembut
Muka surat: 24 ms
Saiz: 19 cm x 12.5 cm
Status: Langka (nadir)
Sumber untuk rujukan: Maktabah al-Balaghul Mubin

MOHD FADLI GHANI
Institut al-Balaghul Mubin
26 Jamadil Awal 1441
12 Januari 2020