Home Berita PAS Terengganu

Siap dinaik taraf, masalah banjir jalan raya berakhir

2
SHARE

KUALA TERENGGANU – Penduduk di Kampung Bukit Putera hingga Jelapang, Bukit Layat kini boleh menarik nafas lega apabila projek menaik taraf aras jalan yang sering dinaiki air ketika musim hujan telah siap sepenuhnya.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, projek itu merupakan salah satu usaha berterusan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang telah sekian lama membelenggu penduduk setempat.

“Laluan tersebut sebelum ini kerap terputus setiap kali musim tengkujuh, sekali gus menjejaskan aktiviti harian penduduk, termasuk urusan ke sekolah, tempat kerja dan mendapatkan rawatan di hospital,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya, pada semalam.

Menurutnya, masalah tersebut telah lama dibangkitkan sejak awal perkhidmatan menjadi Ahli Parlimen, sebelum akhirnya berjaya direalisasikan demi kesejahteraan penduduk setempat.

“Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan pergerakan harian, malah memberi jaminan keselamatan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan beberapa projek penaiktarafan jalan lain akan dilaksanakan dalam masa terdekat, termasuk Jalan Lubuk Panjang ke Gong Terap, Jalan Pelong,  Mak Bakas dan Jalan Hulu Seladang ke Bandar Permaisuri yang dijangka ditender tidak lama lagi.

Dengan siapnya projek ini, ia diharap dapat meningkatkan kelancaran perhubungan di kawasan Setiu dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.