Home Artikel PAS Johor

Shopping raya 5.0: PAS Muar santuni asnaf

83
SHARE

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR , 7 Mei : PAS Kawasan Muar mengambil inisiatif turun membantu golongan asnaf yang susah khususnya yang terkesan dek kekangan ekonomi dalam situasi pandemik Covid 19 yang melanda kini.

Program Shopping Raya 5.0 yang memasuki tahun ke lima penganjurannya ini diadakan bertempat di Pasar Mini Srimas dekat sini, hari ini.

Program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Muar dengan kerjasama SH Srimas Enterprise ini telah disasarkan kepada seramai 50 orang penerima dari kalangan asnaf sekitar Dun Maharani.

Sumbangan berupa barangan dapur seperti minyak masak, ayam, kordial, mihun, laksa dan sebagainya telah diberikan kepada mereka beserta dengan wang tunai berjumlah RM50.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Muar, Abd Aziz Talib, turut dihadiri pimpinannya yang lain antaranya Naib Yang Dipertua, Dr Mohamad Taslim, Ketua Pemuda, Ustaz Ridzuan Nazri, Ketua Muslimat, Norhayati Sulaiman dan Ketua LKK Muar, Abd Rahman Lajim.

Dalam ucapannya, Abd Aziz mengharapkan agar sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan tanggungan keluarga mereka tambahan dalam situasi pandemik sekarang.

“Semoga semua penerima dan ahli keluarga dapat merayakan Aidil Fitri dengan tidak lupa menjaga diri dan keluarga serta sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan walaupun dalam keseronokan suasana meriah berhari raya,” ujar beliau mengingatkan semua.

Sementara itu, dalam program yang serupa, sumbangan bantuan Aidil Fitri juga dilaksanakan di Dun Sungai Balang oleh pihak Jabatan Pilihanraya Dun (JPrD) Sungai Balang bertempat di Markas Tarbiah PAS, Parit Pechah yang menyaksikan penerimaan seramai 130 asnaf yang mendapat bantuan berupa barangan dapur.