Home Berita PAS Sabah

Shantung Muslim Sabah kunjungi Dr. Aliakbar Gulasan

314
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail

24 Jun 2021

PUTATAN : Yang Berhormat Dr. Aliakbar Gulasan telah menerima kunjungan Dr. Fadzel Wong Chee Ping, Setiausaha Persatuan Shantung Muslim Sabah pada 22 Jun 2021.

 

 

Pertemuan ini bertujuan membincangkan pelbagai perancangan masa hadapan bersama kedua pihak. Kunjungan ini diadakan di Pejabat YB Dr. Aliakbar Gulasan, Kota Kinabalu.

Dr. Aliakbar dan Dr. Fadzel Wong Chee bersama-sama membincangkan dan bertukar pandangan mengenai keindahan dan kepelbagaian budaya di Sabah ini yang sedia maklum sangat banyak keunikannya dengan kepelbagaian kaum dan etnik.

Kedua pihak menyatakan hasrat akan berusaha untuk menyantuni semua kelompok masyarakat Sabah dan mencari pendekatan yang terbaik bagi membantu mereka yang memerlukan.

Seterusnya, Dr. Fadzel juga turut memperkenalkan program-program persatuan Shantung Muslim Sabah kepada YB Dr. Aliakbar.

Pertemuan antara dua pihak ini merupakan permulaan dan perkenalan bagi memulakan kerjasama yang baik untuk membantu masyarakat Sabah.

Oleh itu, diharapkan kerjasama antara dua pihak dapat membantu ramai masyarakat Sabah terutama golongan yang memerlukan ditambah dengan situasi lagi terkesan akibat pandemik Covid-19.