Home Artikel PAS Selangor

Shafie Ngah : Dari DUN Ke Parlimen

800 views
SHARE

BANGI, 29 April 2018 – Landskap Bangi telah berubah daripada hanya sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada parlimen yang memiliki bilangan pengundi yang mencecah 178,790 orang apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan persempadanan semula, menjadikan kawasan ini antara paling besar di Malaysia.

Justeru, pihak kepimpinan PAS telah memilih dan meletakkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Ustaz Shafie Ngah untuk bertanding bagi Parlimen P102 Bangi bagi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini.

Keputusan meletakkan Shafie Ngah adalah langkah bijak kerana nama peguam syarie ini sangat sinonim dengan warga Bangi.

Pelbagai aktiviti dan bakti telah dicurahkan oleh Shafie Ngah semasa kepimpinan beliau menjadi ADUN dari tahun 2013 hingga 2018 untuk menjadikan DUN Bangi sebagai salah satu model pemerintahan PAS di Malaysia.

Beliau telah merapatkan hubungan pelbagai kaum di Bangi. Aktiviti-aktiviti yang sinonim dengan pengamalan Islam dan menghormati agama dan budaya lain telah dilaksanakan oleh beliau. Banyak program telah dianjurkan seperti majlis sambutan perayaan pelbagai bangsa, sambutan Hari Malaysia, Walimatul Urus Mega Bangi dan pelbagai aktiviti-aktiviti di masjid dan surau dalam DUN Bangi.

Beliau turut menjalinkan hubungan mahabbah dengan NGO sekitar Bangi melalui pelbagai karnival dan program yang melibatkan NGO yang begitu banyak di Bangi. Secara tidak langsung, kepelbagaian NGO di Bangi kini menggambarkan perkembangan minda masyarakat yang semakin sedar akan hak dan tanggunjawab.

Bangi yang signifikan dengan gelaran Bangi Bandar Ilmu semakin berkembang dengan kepelbagaian aktiviti-aktiviti yang mengintegrasikan antara ilmu duniawi dan ukhrawi. Keterbukaan Shafie yang meraikan pelbagai NGO, persatuan- persatuan dan pertubuhan sebagai rakan perubahan dan rakan pembangunan telah menyemarakkan lagi Bangi yang semakin dikenali di Malaysia.

Pelbagai bengkel keilmuan dan kemahiran melibatkan pelbagai peringkat masyarakat bermula dari kanak-kanak, pelajar sekolah dan golongan dewasa telah dianjurkan melibatkan rakyat tanpa mengira jantina, warna kulit dan fahaman politik.

Sifat cakna terhadap isu kesihatan dan pembangunan taraf ekonomi rakyat terutama golongan wanita sangat dititikberatkan apabila beliau menganjurkan kelas kemahiran khusus untuk golongan wanita seperti bengkel memasak, menjahit, menghias dan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada mereka.

Pencapaian terbaik bagi Shafie Ngah adalah agenda kebajikan yang dilakukan beliau apabila setiap bulan diadakan aktiviti ziarah rakyat yang kurang upaya dan tidak berkemampuan untuk dibantu dan diberi sumbangan disamping berusaha menyelesaikan pengaduan rakyat yang melibatkan isu sampah, longkang, banjir, jalan dan sebagainya.

Maka, tanggal 28 April 2018, pihak SPR telah mengumumkan Shafie Ngah secara sah bertanding bagi Parlimen P102 Bangi. Kini, sampai masanya utk rakyat Bangi pula meletakkan shafie pada tempat terbaik untuk meluaskan lagi khidmat baktinya kepada masyrakat yang lebih ramai dan lanskap politik yg lebih luas.

Album (klik untuk besarkan):