Home Berita PAS Terengganu

Setiu, Kemaman dijangka dilanda banjir mulai 27 November

7
SHARE

KUALA TERENGGANU – Beberapa kawasan di Setiu dan Kemaman dijangka berdepan banjir susulan hujan berterusan serta peningkatan paras air sungai mulai 27 November ini.

Menurut kenyataan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), banjir berpotensi berlaku antara jam 1 tengah hari pada 27 November hingga 3 pagi, 29 November, namun tidak menolak kemungkinan ia berlaku lebih awal atau lewat bergantung kepada perkembangan cuaca.

PRABN memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 25 November lalu, selain paras Sungai Setiu dan Sungai Kemaman yang diramal melepasi aras bahaya.

Menurut kenyataan itu lagi, antara kawasan rendah dalam radius lima kilometer dari Sungai Setiu yang dijangka terjejas termasuk Kampung(Kg) Pandan Jaya, Kg. Rhu 10, Felda Kg. Rahmat, Kg. Bukit Mok Som, Kg. Chalok Kedai, Kg. Gong Terap, Kg. Lubuk Panjang, Kg. Padang Saujana, Kg. Bahagia, Kg. Che Mohid, Kg. Guntung Dalam, Kg. Guntung Luar, Kg. Hulu Kekabu, Kg. Padang Serai dan Kg. Pancor Merah.

Turut disenaraikan ialah Kg. Saujana, Kg. Kuala Setiu, Kg. Limau Nipis, Kg. Pengkalan Gelap, Kg. Besut, Kg. Buluh Hilir, Kg. Buluh Hulu, Kg. Che Long, Kg. Hulu Seladang, Bandar Permaisuri, Kg. Banggol, Kg. Permaisuri, Kg. Putera Jaya, Kg. Tasik, Kg. Beris Tokku, Kg. Fikri, Kg. Nyatoh dan Kg. Mangkuk.

Sementara itu, di Kemaman, kawasan yang turut berisiko termasuk Kg. Fikri, Kg. Kuala Kemaman, Kg. Mak Lagam, Kg. Paya Berenjut, Kg. Pasir Minal, Kg. Pulau Tempurung, Kg. Tok Kapor, Binjai, Bandar Baru Bukit Mentok, Kg. Bukit Mentok, Kg. Kubang Kurus, Kg. Mak Chili, Kg. Pengkalan Pandan, Kg. Paman, Kg. Pasir Gajah, Kg. Pasir Semut, Kg. Pelantuh, Kg. Sungai Pinang, Kg. Bukit Kuang, Kg. Pengkalan Cicar, Kg. Teluk Kalong dan Perumahan Mampu Milik Telok Kalong.

Beberapa kawasan lain seperti Kg. Air Putih, Kg. Batu 14, Kg. Batu 16 Tebak, Kg. Dadong, Kg. Darat Air Putih, Felda Seberang Tayor, Kg. Jenang Baru, Kg. Macang Setahun, Kg. Seberang Tayor Hilir, Kg. Seberang Tayor Hulu, Kg. Sungai Mas, Kg. Teladas, Kg. Jabor Perasing, Kg. Sungai Pergam, Kg. Ibok, Kg. Padang Kemunting, Kg. Pondok Limau, Kg. Yak Yah, Kg. Payoh dan Kg. Baru Kemasik juga dijangka terkesan.

Justeru itu, PRABN menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar membuat persediaan awal, termasuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.

Orang ramai turut digesa mendapatkan maklumat terkini melalui portal InfoBanjir di publicinfobanjir.water.gov.my.