Home Berita PAS Perak

Setinggi-tinggi penghargaan dari YDP PAS Kawasan Gopeng

1125
SHARE

السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته

الحمدلله على كل حال

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli PAS, para penyokong PAS, para pengundi PAS, semua penyumbang, sahabat handai, rakan taulan, isteri dan seluruh ahli keluarga yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam membantu dan memberikan sokongan padu ketika saya diamanahkan menjadi calon PAS bagi kerusi *N.44 DUN SUNGAI RAPAT .*

Begitu juga, jutaan terima kasih kepada Majlis Syura Ulama’ PAS, PAS Pusat, PAS Negeri, PAS Kawasan, JPRK Gopeng , JPRD Sungai Rapat serta seluruh jentera PAS Gopeng dan DUN Sungai Rapat yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili parti sebagai calon N.44 DUN Sungai Rapat pada PRU-14 ini.

Segala ketentuan Allah kita terima dengan hati yang terbuka dan penuh redha. Kita menghormati segala keputusan yang telah dibuat oleh rakyat. Mungkin ada hikmah di sebalik keputusan ini dan apa yang telah berlaku. Moga segala yang baik lagi benar akan diganjari pahala dan rahmat di sisi ALLAH SWT.

Khususnya untuk seluruh masyarakat di DUN Sungai Rapat, jutaan terima kasih juga saya ucapkan atas bantuan dan sokongan yang telah kalian berikan selama ini. Sesungguhnya anda semua sentiasa dihati saya. Segala jasa baik tuan-puan hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang dimenangkan Allah. Saya doakan semoga semua pemenang dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia dan kemakmuran negara, khususnya di negeri Perak yang kita cintai ini.

Dengan izin Allah, kita akan terus sama-sama berjuang dan beristiqamah hingga kemenangan Islam yang hakiki. Moga fajar Islam akan terus menyinsing di atas muka bumi Allah yang permai ini.

Saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesalahan dan kekurangan saya selama ini kepada semua pihak, yang saya kenali atau tidak kenali.

*RADZI BIN ZAINON*
Calon PAS DUN Sg. Rapat,
YDP PAS Kawasan Gopeng/TPJ 3 PAS Perak
*10 Mei 2018*