Home Berita PAS Pahang

Setiausaha nadi yang menentukan sihat atau sakitnya organisasi

129
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 24 Jan : Setiausaha merupakan tulang belakang kepada halatuju organisasi dalam menentukan sihat atau sakitnya sesebuah organisasi.

“Nak jadi satu organisasi yang effective dan efisien setiausahalah yang memainkan peranan kelancaran maju atau mundurnya organisasi.

“Kalau kuantiti ahlinya ramai tapi setiausaha tidak mampu menguruskan ahli cawangan dengan baik maka ia tidak mampu untuk berkembang dan menghasilkan satu organisasi yang baik dan berkesan,” kata Ahli Undangan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu semasa merasmikan Kursus Pemantapan Kesetiausahaan, Kewangan dan Ekonomi baru-baru ini di Sungai Karang Kuantan.

Justeru katanya kuantiti dan kualiti ahli PAS perlu seimbang bagi menjana kekuatan jemaah supaya tidak dapat ditewaskan oleh sesiapa.

PAS berkembang sampai ke tahap sekarang sebagai sebuah parti yang berpengaruh dalam negara adalah kerana prestasi cemerlang yang dimainkan oleh setiausaha.

Oleh itu katanya mereka perlu didedahkan kepada teknik meningkatkan potensi diri, memotivasikan diri, dan membina pasukan agar mereka menjadi insan yang lebih cemerlang seterusnya meningkatkan produktiviti diri dan jemaah.

Seterusnya beliau mengharapkan program seumpama ini mendapat respond yang baik diteruskan untuk lajnah yang lain sebagai persiapan dan penambahbaikan ke arah PAS Teraju Pahang.

Program ini adalah anjuran Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat (DMP) Indera Mahkota Salwani Salleh, Ketua Lajnah Ekonomi DMP Negeri Pahang Norazlina Nekman, Penolong Setiausaha DMP Negeri Pahang Maziah Mahusin dan Ahli Jawatankusa Muslimat Cawangan-Cawangan Indera Mahkota.